Saturday, March 3, 2012

..Manis Hidayah..





Hidayah Allah itu mahal harganya.. sekiranya tersapa di hati janganlah kita membiarkannya..
kerana kita tak tahu bila lagi kita akan bertemu dengan hidayah itu.. 
hidayah - bukan semua memperolehnya dengan cara yang mudah.
Beruntunglah insan yang telah memperoleh hidayah dari Allah..

Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan kepadanya, Dia akan menjadikannya faham dalam agama." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ada insan tercari-cari hidayah..
Hidayah itu 1 perkara yang bermakna bagi insan yang pernah kecundang dlm kehidupan..
Dirinya pernah tersalah membuat pilihan..
lantaran kejahilan diri..
hatinya pernah terluka..
Namun takdir Allah...siapa yang sangka..
Allah masih menyayangi dia..
Hidayah Allah menyapanya..
Membalut kelukaan dihatinya..
juga mengisi kekosongan pengharapannya..
Manisnya hidayah itu..
Sehalus dan selembut sutera kasih..



P/s : Adakalanya seseorg mmpunyai kisah silam, namun itu bukan bermakna dia tak punya masa hadapan. Hakikatnya baik buruk seseorang hanya Allah yang berhak menilai. Bersangka baiklah kpd insan yg ingin berubah ke arah kebaikan kerana siapa tahu dia bisa menjadi lebih baik dari kita..dan dia adalah insan yg menghargai nilai sebuah hidayah. 


..Manis Hidayah..
..Rasyafiqa..

No comments:

Post a Comment