Monday, January 30, 2012

....

~Mujahadah itu susah kerana syurga ALLAH itu indah..~
.
.
.
.
.
.

~Satukan CINTA dalam DOA..~ Rasyafiqa..~

Tuesday, January 17, 2012

~Sahabat~

Seorang TEMAN yang baik adalah yang akan membantumu untuk menjadi orang baik. Teman sejati yang boleh diajak bercinta untuk syurga.

"Aku menyintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." [Imam Nawawi].

Terima kasih sahabat2ku..

~Nur~



Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan : 

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang. 
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan. 
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari. 

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab : 

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang 
ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan 
mengambil air sembahyang apabila terdengar azan. 

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air 
sembahyang sebelum azan. 

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. 
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Allahuakbar.. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan dipermudahkan untuk segala kebaikan yang ingin kita lakukan.. Amiin..Ya Robbal A'lamiin..

Friday, January 13, 2012

~Word Less Saturday~

Cinta yang dicari selalunya cinta yang kita harapkan. Tetapi cinta yang ditemui itu selalunya cinta yang ditakdirkan..


P/s : Berjuang yang terbaik..Allahuakbar..~

Wednesday, January 11, 2012

~Yakin dengan janji ALLAH S.W.T.~

Yakinlah dengan sepenuh hati.
KetentuanNYA pasti yang terbaik..
Semoga itu membuat kamu berlapang dada dengan ketentuanNYA..

Amiin.. Ya ALLAH..

Tuesday, January 10, 2012

10.01.2012

‎"..Dalam hatiku ada DIA dan dalam hatimu pun ada DIA...."

"... Aku PINJAM sekeping hati, hati yang bukan milikku tapi hati MILIK Dia.. Oleh itu, carilah REDHA daripadaNya kerana di dalam keredhaan Allah, terselit cintaNya yang Agung.. Jangan pernah jauh daripada cintaNya...."

Monday, January 9, 2012

Hati muslimah itu Lembut..

Hati muslimah itu Lembut..
Kerana itu jgn pernah menyentuh hatinya andai berniat melukakannya.. andai tak mampu menjaga hatinya sebaik mungkin..jangan sentuh hatinya.. Adakalanya seorang muslimah itu seorg yg kuat, sgt kuat.. namun kerana cinta seorang lelaki dia boleh jadi lemah..

Kadang2 seorang muslimah itu belajar utk mengeraskan hatinya kerana dia tak mahu akan terluka akhirnya.. Dia juga sedar malu pada seorang muslimah itu terletaknya keindahan dan kecantikannya.. Bersopan santun, berakhlak mulia.. maruahnya dijaga kerana ia adalah harga dirinya. Walaupun mgkin ada yg beranggapan muslimah itu seorang yg sombong atau keras hati.. Biarlah...

Keras hati?
Tak mengapalah hati yang keras itulah apabila memiliki sesuatu dihatinya pasti akan terpahat kukuh.. Seorang muslimah yg comel dia takkan memberikan cintanya pada sembarangan lelaki.. Biarlah dia menanti lama utk seseorang yg tepat, dari mengorbankan cinta utk insan yg tidak menghargai.. YANG DIA CARI BUKANLAH SESEORANG YANG PUNYA PANGKAT dan HARTA..namun cukuplah yg menerima dia seadanya.. Bukan juga seseorang yg terlalu mencintai dia, namun cukuplah mencintai ALLAH lebih dari mencintai dia... 

“Jangan mengucapkan kata-kata indah dan manis kepadanya kerana takut dia akan menyayangimu… Jangan mengambil berat tentang dirinya kerana bimbang dia akan mengasihimu… Jangan terlalu baik padanya kerana takut dia akan merinduimu… Jangan memberikannya kenangan dan harapan kerana khuatir dia akan jatuh cinta padamu… Jangan menghargai pertemuan dengannya kerana bimbang dia akan menderita kehilanganmu lantaran perpisahan itu…”

Wahai adam, lindungilah kaum hawa, jangan sekali kali menyakitinya, jangan kau katakan cinta bila kau belum mampu untuk mengkhitbahnya, janganlah kau bicarakan soal perasaan bila tidak benar2 adanya, jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau berniat mematahkan hatinya, janganlah memberi pengharapan tanpa kenyataan...Wahai kaum hawa jagalah dirimu, jagalah kehormatanmu..~

Wallahua'lam..

Sunday, January 8, 2012

Word Less Sunday

Sebab kita kuatlah ALLAH bagi kita ujian..
DIA Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana.

..ان الله مع الصبرين


Saturday, January 7, 2012

Jika saat ini...

=Kamu sedang tersenyum, semoga senyum itu menjadi ibadah.
=Kamu sedang marah, semoga marah itu tidak melampaui batas.
=Kamu sedang sedih, semoga kesedihan itu mampu menghidupkan hati & jiwa. 

=Kamu sedang letih, semoga lelah itu menjadi penggugur dosa...


Semoga apa yang kamu lakukan hari ini jauh lebih baik dari waktu yang telah lalu. Semoga kebahagiaan dan keberkatan mengiringi perjalanan hidup selalu. Dengan izinNya jua.. Insya-Allah..~


“Hendaklah kamu bersabar, sesungguhnya Allah itu bersama orang-orang yang sabar“ – Surah Al-Anfaal, ayat 46.


~Mencari semangat..~

Thursday, January 5, 2012

~Tak Mengapa~

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum..w.b.t..

Dah lama tak tulis kat sini..

Hari ni terjumpa 1 ayat...menyentuh hati... T_T

Kadangkala lebih baik membiarkan KESEDIHAN bertandang... 
andai itu yang dapat ‘membawa’ pulang HATI kita padaNYA... 
daripada KEGEMBIRAAN yang ‘melarikan’ kita JAUH dariNYA..... 
mungkin kesedihan itulah yang menjadi ‘magnet’ yang MENDEKATKAN kita pada Allah..
dan mungkin kesedihan itulah yang menjadi ‘parut’ yang MENGINGATKAN bahawa Allah sentiasa ADA...

~ My dear Allah when I loose hope, Help me to remember that, your love is greater than my disappointments & your plans For my life are better than my dreams. Amiin Ya Allah..~

Allahuakbar.. ~



~ Usaha - Tawakal - Redha ~

Usah menjangkakan masa depan krn masa depan itu milik Tuhan. Sebaliknya hadapilah hari-hari yg mendatang dgn penuh senyuman, usaha serta tawakal pd-Nya. Dan redhalah atas segala yg telah diberikan krn segalanya pastilah yg terbaik.


“Ya Allah………tolong lindungiku dari putus asa. Ajarkn daku untuk selalu bersabar. Ajari daku mendidik jiwaku ini..selamatkn aku dari nafsu marah yg menjadi pintu kepada syaitan utk masuk dlm diriku. Jangan dibukakan pintu itu Ya Allah. Aku ingin punya hati yang tenang, hati yg tidak merasa sakit atas setiap ujianMu..hati yg tidak terguris dengan mainan taqdir yg selalu menguji..Amiin...Ya Allah..


Nurul Halawati - Stanza Cinta

Tuesday, January 3, 2012

~ Kehidupan ~

Kehidupan adalah sebuah perjalanan, pahit manisnya adalah cabang-cabang persimpangan, duri-duri yang melingkari jalan adalah cabaran yang menyakitkan, cinta dan kasih sayang adalah haruman di taman bunga yang menggembirakan, airmata adalah laut-laut yang terdiam di dasarnya jutaan keindahan, pengharapan ialah kekuatan langkah kaki untuk diteruskan. Dan selagi nyawa bersatu dengan jasad, perjalanan teruskan berlangsung tanpa had. Tetapkan haluan berpandu kompas iman, kehilangan kompasmu akan menyebabkan kau akan tersesat tanpa panduan. Salam perjuangan sahabat-sahabat semua.


“Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba ridha Tuhannya.”
― Hasan Al-Banna.