Sunday, March 4, 2012

Biarlah hidup ini terasa seperti insan yang terasing..
Asalkan jangan kita sesekali melakukan larangan Allah..
Terasing itu adakalanya lebih baik..
Baik untuk kita memuhasabah diri..
Juga mencari kesilapan untuk diperbaiki..
Terasing dan bersendirian..
Di situ terasa betapa Allah itu sentiasa dekat..
Setiap kali diri ini berharap..
DIA sentiasa ada..
Sungguh, DIAlah sebaik-baik Penolong Dan Penjaga..


Jika ALLAH sayangkan seseorang hamba..
Dia akan berikan IMAN, kerana itu lebih mahal dari segala isi dunia..


Jika ALLAH sayang lagi ..
Dia akan berikan KEKUATAN untuk mengamalkan agamanya dengan sempurna 

dan..

Jika ALLAH sayang lagi..
Dia akan SUSAHKAN hambanya dengan urusan dunia dan perjuangan hidupnya, 
untuk menguji sejauh mana cinta dan redha hamba itu kepadaNya, 
supaya dengan susah itu dia selalu mendekati pada-NYA..

Sebab ALLAH rindu akan rintihan hamba-NYA..



‎"Siapa ada Allah dalam hatinya, maka dia tidak keseorangan." ~Rasyafiqa~

No comments:

Post a Comment