Monday, May 28, 2012


Don't give up.
Allah is training your patience.


How can I smile?
Or just pretend I'm okay.
Because I don't want to make others hurt.


Hati boleh tak tolong kuat untuk saya??

Sunday, May 27, 2012

Rupa-rupanya susah juga mahu belajar ikhlas ya?


Bagaimana mahu ikhlas jika hati itu sendiri penuh dengan noda?


Erti hidup kepada yang memberi. Memberi dengan ikhlas.


Ikhlaskan hatimu.


Ikhlas itu adalah salah satu rahsia daripada rahsiaKU. Aku pertaruhkan dia pada hati mereka yang Kukasihi daripada kalangan hambaKU. (Hadis Qudsi).


Ya Allah, please lend me some strength.
Amiin. Ya Allah. 

Saturday, May 26, 2012

~Semanis Ukhwah~


-بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ-


Dulu sebelum sampai ke sini, diri ini tak pernah terfikir.
Ada hikmahnya kenapa di sini.
Rupanya di sini, diri ini belajar apa itu tarbiyah.
Apa itu ukhwah.
Apa itu mujahadah.
Mungkin tak sehebat mereka-mereka.
Namun hati ini berharap agar terus kuat.


satu hal dalam ukhuwah yang perlu benar-benar dicamkan adalah cinta kita takkan pernah putus, takkan pernah putus. Bahkan ia cuma akan bercambah dan membuahkan rindu yang sangat lebat,kan? Syafasays.


Walaupun kenal tak lama, tak pernah bersua muka, hanya tulisan di alam maya. entah kenapa hati ini tersentuh. kini diri ini percaya betapa ukhwah itu indah, walau tak pernah bertentang mata, tapi dpt dirasa dgn hati. 


..memanglah indah bercinta dengan akhwat sbb kat situ terbias cinta Tuhan♥ hoho kalau dakwah itu payah, cinta dari akhwat lah pengubatnya, penaik himmah! cinta-sampai-syurga.. Syafasays.


Sahabat yang BAIK itu adalah yang apabila kamu bersamanya, kamu MENGINGATI Allah SWT..itulah SEBAIK-BAIK sahabat buatmu..♥ Terima Kasih, adik Syafa. You make me learn something.




Monday, May 21, 2012



Ya Rabb..

Bantu kami, hambaMu,
Yang mencari,
Sedang mencari,
Dan masih mencari,
Erti cinta sejati..


Cinta dua insan yang dibatasi syariatMu,
Tanpa digugat setitik bisikan nafsu,
Yang ada hanyalah,
Sebuah ketagihan cinta,
Sebagai wadah menggapai cinta agungMu..


Ya Rahman...

Faqirnya kami, lemahnya kami,
Sungguh tak terdaya,
Segalanya milikMu,
KepadaMu segalanya dikembalikan..


Ya Muhaimeen,

Namun ku gusar..
Dengan mujahadah ini,
Apakah dia bisa setia,
Apakah dia bisa menunggu,
Apakah kami bisa tabah,
Hingga ke akhirnya...


Ya Rabbul Izzati,

Engkaulah pemilik segala hati,
Peganglah hati-hati kami,
Peliharalah hati-hati kami,
Jagailah, bajailah dan siramilah hati-hati kami,
Dengan cahaya keimanan kepadaMu..


Agar kami bisa terus bermujahadah,
Hingga waktu menentukannya..
Amiin ya Rabb.

Friday, May 18, 2012

-بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ-


Mood FYP.
semakin lama saya membuat FYP ini semakin byk sy belajar.
Ya, belajar sabar, itu penting.
Berkejar dengan masa, penat. Allahuakbar.
Tak lupa pesanan supervisor, bersusah-susah dahulu..
Tiba2 laptop buat hal, tergendala sebentar kerja.
Dalam hati berdoa janganlah kejadian lama berulang.
Di saat2 akhir nk hntar FYP ni.


Adakala terasa ingin sahaja aku berlari dari semua ini.
Penat sungguh terasa.
Ingin ku luahkan segala yang aku pendamkan.
Namun aku sedar, DIA sentiasa ada untuk mendengar.
Kesibukan dunia adakalanya memerangkap ketenangan jiwa.
Namun dibalik semua itu.
Ada ketenangan anugerah dari Ilahi.
Alhamdulillah Ya Allah.

Thursday, May 17, 2012

Bukan menafikan..
Cuma kadang-kadang dia rasa tidak layak..
Untuk berbicara tentang rasa cinta sesama makhluk..
Sedangkan diri masih rapuh dalam mengejar cinta Ilahi..
Bukan bermakna dia membenci cinta..
dia percaya cinta itu layak untuk semua..
Cuma mungkin bukan masanya..


Di dalam kelembutan ada ketegasan..
Moga Allah satukan hati kita dalam redhaNya. Amiin..Ya Allah.. ~

Monday, May 14, 2012

-بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ-


Dalam kesibukan sebagai pelajar tahun akhir dan menyiapkan FYP masih lagi mencuri masa untuk menulis sesuatu di sini. Alhamdulillah, banyak kenangan sebagai pelajar tahun akhir yang Insya Allah mematangkan aku. Menjadi tutor yang mengajar tuisyen subjek Matematik is the one of my sweet memory. Bertemu dengan kanak-kanak yang berbagai telatah, membuat aku terlupa sebentar FYP ku. Dan telatah mereka menghiburkanku. Memanggilku dengan gelaran cikgu, it's make me happy. Tercapai juga impian nak jadi cikgu walaupun hanya sebentar. ^_^ . Ternyata takdir yang Allah aturkan lebih indah, dia memberi lebih dari apa yang kita jangka. Insya Allah ada rezeki mungkin juga boleh menjadi seorang guru yang sebenar. 


Tidak lupa juga. Kenangan berjumpa dengan seorang kakak, ustazah dan novelis juga merupakan kenangan manisku. Alhamdulillah sangat. Terasa bagai mimpi yang membuatku teruja apabila berjumpa dengan kakak yang menjadi sumber inspirasiku. (kpd kak fatimah syarha : saya pun sygkan akak kerana Allah.) Insya Allah akan ingat pesanan akak. Take care. Mujahadah itu penting. Walaupun pahit ganjarannya sangat indah. Insya Allah.




Kita tak boleh mematikan rasa,
Tapi kita boleh mengawal rasa.
Kita tak akan mampu membunuh nafsu. 
Tapi, kita mampu memandu nafsu. 


Allahhu Allah.


Menangkanlah aku dalam MUJAHADAH ini.
Tutuplah segala jalan yang membuka peluang syaitan. 
Walau apa saja bentuk.


Peliharalah aku. Jagalah aku.


Amiin. Ya Allah.


(Untuk awak, dia dan kita.)

Sunday, May 6, 2012

Antara cari Dia dan dia..
Aku bertemu cinta Ilahi,
mgkin ianya belum kugapai sepenuhnya..
namun aku akan cuba yang terbaik..
Kadang2 rasa sakit,
Kadang2 rasa terluka,
Kadang2 rasa pahit,
Rupanya itulah hakikat kehidupan..
Nak menggapai syurga itu bukannya dengan jalan yang mudah..
Sebab syurga itu indah sangat, tak terbayang dengan fikiran..


Tipu kalau aku kata tak tersentuh hati dengan semua ini,
Tapi aku sedar aku tiada hak ,
Aku hanya hamba Allah.
Aku semakin mengerti,
Kesusahan dan kepahitan itulah,
sebenarnya Allah mendidik jiwa untuk kuat..


Alhamdulillah, Ya Allah.
Akanku belajar untuk tabah.


p/s : jangan kerana kita dia terus lena dalam kealpaan.

Thursday, May 3, 2012

Terimalah kesusahan yang sedikit demi kebahagiaan yang lebih baik dan abadi. Kuatkan hati , kuatkan hati , kuatkan hati.. 








Far Away..

Wednesday, May 2, 2012

Sometimes it's so hard to pretend we are happy..
But we need to pretend..
Be strong my heart..
This is our journey..
you and me..
we have the diffferent journey..
But we have the same dream..
~ Mendapat REDHA ALLAH S.W.T. ~

"Be not sad, surely Allah is with us." (Qur’an 9: 40). ~