Friday, March 2, 2012


Aku BERSYUKUR kerana CINTA ALLAH telah mengubah aku menjadi seperti hari ini..kerana aku tidak kenal apa itu CINTA melainkan aku TERHUTANG CINTA dengan PENCIPTA..maka, sekarang aku ingin membayarnya..membayar dengan menjadi HAMBANYA YANG MENCINTAINYA SEPENUH HATI..


CINTA boleh MENGUBAH manusia..tapi CINTA pada ALLAH adalah segalanya..kadangkala rasa TIDAK LAYAK untuk berbicara soal CINTA pada MAKHLUK, kerana diri sendiri BELUM KENAL sepenuhnya bagaimana itu CINTA kepada PEMILIKNYA MAKHLUK..

‎Aku hanyalah INSAN BIASA, yang punyai CACAT CELA yang tersembunyi di sebalik hijabku ini..kerana itu andai diriku ada BERBUAT SALAH, MENGGURIS HATI sesiapa tanpa sedar..usahlah MENCEMUHKU, usahlah MEMBENCIKU tetapi NASIHATKANLAH aku dengan HIKMAH supaya kembali ke arah yang DIREDHAI Allah.. Aku juga seseorang yang pernah melakukan kesalahan dan adakalanya mungkin aku sendiri tidak sedari..namun aku akan terus berusaha memperbaiki diri ini...Insya-Allah..

Benar MUJAHADAH itu memang payah dan apa yang Allah SUKA amat sukar untuk dilakukan.. MENGAPA? Mungkin diri ini terlalu banyak NODA dan DOSA yang menghuni dan kerana itulah KEKUATAN jarang mendiami hati..Ya Allah, jangan pergi jauh dari diriku ini...



سبحان الله.. لله اكبر..


Hanya Manusia Biasa Yang Banyak Kelemahan..

No comments:

Post a Comment