Wednesday, June 20, 2012

~Muhasabah Cintaku~




Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu..


“Sometimes you search so hard for words. You look for a way to interpret the language of this heart and the unspoken bond you feel. But in the end you are left with nothing but silence. And deep down you hope it’s understood.” 
-Yasmin Mogahed-

Monday, June 18, 2012

"Orang yang hidup di bawah naungan cinta dan ukhwah kerana Allah merasakan ketenangan dan kebahagiaan yang tidak pernah dirasa oleh orang-orang yang berkumpul kerana dunia"  as-Syahid Mustafa Masyhur.

Hari-hari yang dilalui dengan pelbagai ujian lebih bermakna bila ada sahabat yang menguatkan. Ya, memang kekuatan itu datang dari Allah. Itu tidak boleh disangkal. Allah jua lah yang Maha Berkuasa. DIA lah sumber kekuatan. Tapi, pada sahabat-sahabat yang cintakan Allah ini jua lah Allah pinjamkan kekuatanNya.


Kak Nusrah

2008-2012

Kak Khairiyah
Kak Alifah
Kak Syaza
Kak Syafiqah

Wednesday, June 13, 2012

lihatlah langit, dan senyumlah, ^_^

lihatlah langit, dan senyumlah, ^_^


kadang-kadang,
kita tak tahu kebenaran.
kerana kita belum sedia untuk mengetahuinya.
kadang-kadang,
kerana kita belum cukup kuat,
kadang-kadang,
kerana sebenarnya kita belum mampu,
untuk tahu.
rasa ingin tahu memang menebal,
tapi masanya masih belum tepat.
mungkin kerana itu,
sesetengah kebenaran itu masih belum dapat kita ketahui.
masih tersimpan rapi,
dalam rahsia milik Ilahi.
terkadang,
kerana DIA ingin menguji,
keteguhan pengharapan dan kepercayaan seorang hamba.
dan terkadang,
kerana DIA lebih tahu,
bahawa sejujurnya,
kita belum mampu untuk mengetahui hakikat kebenaran itu,


Setiap apa yang Allah beri pasti akan ada hikmah tersembunyi. Pasti :)


Kadang2 Allah hadirkan seseorang yang buat kita rasa 'down' sbb Allah nak kita belajar utk hidup berdikari dan letakkan sepenuh pergantungan hanya pada ALLAH, pada ALLAH. 


Tersenyumlah,
...Allah menyayangimu...
…melebihi yang kamu tahu...

Letting go is hard, but sometimes holding on is harder.
Dan dia mahu sentiasa belajar utk kuat.