Monday, March 12, 2012




بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Alhamdulillah..masih diberi nikmat dan peluang untuk meneruskan kehidupan pada hari ini..
Diberi keizinan oleh Allah untuk menyedut udara tanpa perlu membayar walau hanya 1 sen..
Betapa baiknya Allah..
Apabila kita terlupa dan menjauh darinya..masih diberi peluang untuk kita sedar dan berubah ke arah kebaikan...
Ketika diri hanyut dlm kehidupan dan leka mengejar impian..
Dihadiahkannya sebuah ujian..
Benar ujian itu sakit..mungkin terlalu sakit..
Namun disitulah diri lebih lembut dan lunak mengingati Ilahi..
Setiap insan yang tabah itu, pastinya masih mampu tersenyum..
Lantaran mengetahui bahawa setiap ujian itu pasti punya hikmah serta ganjaran..
Takut sekali diri..ketika ditimpa ujian..
Tanpa sedar diri mengeluh dan tidak redha..
Tanpa diri sedar bahawa yang memberi ujian ini adalah Allah S.W.T..
Bukankah seseorang yang mencintai Allah itu akan redha dan berasa senang menerima hadiah yang berupa ujian dari Allah ini?
Bukankah dia perlu meletakkan prasangka baik kepada Allah?
Ya, Allah punya cara untuk memberikan apa yang diperlukannya..
Allah juga punya cara untuk memujuk hatinya...InsyaAllah..





Ya 'Azim...
Inginku luahkan kesyukuranku kepada Mu,
Kerana di antara berjuta manusia,
Engkau telah sudi memilih diriku yang hina dina ini,
untuk menerima taufiq dan hidayah dari Mu.. 
dan menghijrahkan diriku dari alam jahiliyah.. 
ke alam uluhiyyah dan ubudiyyah...


Ya Allah...
Aku amat berterima kasih kepada Mu, 
Kerana Engkau tidak pernah membiarkan diriku terus tersesat,
Dalam kehidupan yang serba sementara ini,
Meskipun ketika itu aku sering terlalai dari mengingati Mu...


Memang tidak dapat dinafikan lagi,
Bahawa sesungguhnya Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang…


Ya 'Aziz…
Izinkanlah aku untuk terus berada di dalam jalan Mu ini untuk selama-lamanya,
Janganlah Engkau kembalikan aku ke lorong gelap yang membawa kepada kesesatan,
Ampunkanlah kejahilan dan kelalaianku selama ini,
Pimpin dan bimbinglah hamba Mu yang lemah ini ke arah cinta Mu,


Ku mohon agar Engkau teguhkanlah tugu keimanan ku,
Benarkanlah aku untuk merasai halawatul iman,
Anugerahkanlah kepada ku kekuatan dan kesabaran,
Pekakkanlah telinga ku dari sebarang sindiran dan ejekan,
Kebalkanlah jasadku dari segala kesakitan,
Dalam menjalankan amanah yang Engkau pikulkan di bahu ku…


Ya Khaliq...
Jadikanlah setiap hembusan nafasku,
Setiap kelipan mataku,
Setiap degupan jantungku,
Setiap helaian rambutku,
Setiap bait perkataanku,
Setiap hayunan tanganku,
Setiap langkah kakiku..
Dan setiap titisan darahku, 
Hanyalah untuk Mu…


Amiin Ya Rabbal A'lamin..


" Daripada Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda: " Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripada kamu, dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu, ianya lebih wajar, agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah," (Riwayat Muslim).

No comments:

Post a Comment