Saturday, April 28, 2012

Memberi dan menerima adalah dua perkara berbeza tapi kedua-duanya ada manfaat terhadap diri kita mahupun mereka yg lain. Sekiranya apa yg kita beri tak dpt diterima oleh org lain maksudnya ia bukanlah sesuai buat diri mereka dan begitulah sebaliknya kerana hanya Allah Maha Mengetahui akan perkara terbaik buat hambanya.. Teruskan berdoa..

P/s : Adakala kita tak perlu faham tentang sesuatu perkara itu, tapi kita kena terima..

Friday, April 27, 2012

Kini kau sedar rupanya dalam hidup ini, 
Semakin hari, semakin dewasa, semakin banyak ujian dan dugaannya,
Kau masih belajar tersenyum walaupun hati kau terluka dan sedih,
Kau masih mampu memendam rasa dan berahsia dari semua orang sekelilingmu,
Kau juga masih mahu berkorban untuk melihat insan-insan yang kau sayangi gembira,
Bukankah erti hidup itu kepada yang memberi??
Memberi dengan penuh keikhlasan..
Biarpun adakalanya hati kau timbul persoalan,
Adakalanya hati kau juga seperti terpaksa melakukannya,
Namun ada suara hati yang berbisik..
Bukankah ikhlas itu lebih berharga??
Ada kata yang ingin kau tuliskan..
Tapi tiada kata yang dapat menggambarkan apa yang kau rasakan..
Akhirnya kau mengerti diam itu lebih baik,
biarkan saja hati berbicara sendiri dan Allah pasti mendengarnya.
Alhamdulillah, Terima Kasih Allah..
Kau percaya, biar sakit, biar pahit..
Allah pasti ada cara untuk memgubati dan menyembuhkannya..
ALLAH.....T_T


P/s : Mungkin menaip entry di blog lebih mudah dari menaip assignment dan FYP. Tak mau malas2 ye.. 


Thursday, April 26, 2012

Belajar melepaskan apa yang bukan milik kita dan belajar menerima apa yang Allah beri..


Tuesday, April 24, 2012

Assalamualaikum...
Dah lama saya tak menulis di sini ..
Sejak kebelakangan ini byk perkara yg trjadi..
Saya tahu sy kena kuat..kuat sangat..
Saya kena tolong kwn2 sy..
dan tolong diri saya juga..
Bukankah Allah juga ada untuk tolong saya, kan DIA sebaik-baik Penolong..

Kata-kata renungan :

-Bila perbuatan sahabatmu melukakanmu, hapuskan luka itu dengan zikrullah. Jangan kita kembali mencari kesalahan mereka, kerana jika itu yang kita lakukan, tiada bezanya kita dengan mereka. Biar tali ukhuwah yang hampir terputus itu kita yang sambungkan. Biarlah mereka seakan-akan cuba meleraikannya dengan prasangka yang wujud dalam hati mereka. Anggaplah prasangka mereka sebagai satu peringatan buat kita. Kita tak ada hak untuk marah pada mereka. Orang yang bertaqwa ialah orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain. Bila hilang kedua sifat itu dari diri kita, ke mana hilangnya taqwa kita? Hidup ini biar positif. Memang, luka itu mula-mulanya pedih.. sehingga air mata pun boleh mengalir. Tapi biarkan masa yang menyembuhkannya. Parutnya boleh hilang jika kita pinta penawarnya daripada Allah..-

Monday, April 23, 2012



Bila impian jauh dari kenyataan aku hanya mampu berdiri menghadapinya dengan sebarang kemungkinan..~


Friday, April 20, 2012


Sakit… bila kita tak boleh nak kawal perasaan.
Sakit… bila tak boleh nak sujud dengan sempurna.
Sakit… bila iman dirasa semakin hari semakin berkurang.
Sakit… bila minda diserang dengan something unwanted.
Sakit… bila hati diserang namun iman tak cukup kuat untuk menjadi benteng.

Rasulullah saw. bersabda, “Sesiapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billah, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit, yang paling ringan adalah kebimbangan”. (HR Tabrani)
Namun hamba, ini salah siapa?
Salah diri ini sendiri.
Kenapa kau menzalimi dirimu sendiri wahai hamba?
Kerana diri ini lemah… *sigh*

http://srikandiasytari.blogspot.com -


-Terasa diri ini tak layak untuk menulis lagi.. -

Thursday, April 19, 2012

Assalamualaikum w.b.t.

Dalam hidup ini ada byk perkara yg perlu kita belajar..
dan ada pengorbanan yang perlu kita lakukan..
Tak semua perkara harus kita kongsikan..


-----Sungguh, hanya Allah yang Maha Mengetahui rasa hati ini.. -----

Tuesday, April 17, 2012

Ada perkara kita ingin buang jauh2..
Ada perkara kita memang tak nak ingat langsung..
Bukan kerana membenci..
Tapi sedar..
kerana mengingatinya,
buat kita sedih dan meletakkan harapan..
sedangkan kepastian itu belum jelas..
bukan benci, bukan putus asa,
Cuma sedar kadang2 perkara tu bukan hak kita
..



Adakalanya itu cuma ujian buat kita..


ALLAH T_T..


Mencari Yang Hilang..

Friday, April 6, 2012


Banyak masanya dalam hidup ini, kita yang perlu mengejar tarbiyyah;
 bukan cuma menunggu tarbiyah berlari mendekati kita. 

Dan saat kita merasa hati semakin memberat bila berada di jalan ini, 
ketahuilah itu tandanya jahiliyyah kembali merajai diri.

Satu hakikat yang kita perlu mengerti:
Tarbiyyah jarang sekali meninggalkan kita,
Kita yang sebenarnya selalu mengkhianati tarbiyyah itu sendiri.

ALLAHUAKBAR..


- Stay strong never give up.. -

Wednesday, April 4, 2012

Seringkali, kecewa itu hadir kerana kita menaruh harapan besar pada manusia, bukan pula pada Allah. Bila lakukan sesuatu letakkan pergantungan kepada Allah, agar bila berjaya kita bersyukur, kalau gagal kita tak kecewa.


P/s : Jika seseorang itu membuat kamu tersenyum dan gembira tak mustahil juga dia boleh menyebabkan kamu menangis dan sedih..

Monday, April 2, 2012




Kalau tidak mahu kecewa,
maka jangan berharap.
Tanpa pengharapan,
tidak akan wujud kekecewaan..

Sunday, April 1, 2012

FYP

Bismillahirrahmanirrahim..


Walaupun sibuk dgn FYP dan assignment tapi masih jugak nak update blog ni. Em, bukan ape, sbb terharu dan tersentuh hati dengan takdir yang Allah tetapkan ini. Alhamdulillah sangat. *Kita merancang dengan kata-kata dan pena, tapi Allah merancang dengan kasih sayang-Nya.* Sebab Allah sayang lah Allah takdirkan macam ni. Masa menghadapi rasa sedih dan 'down' sangat, tapi bila dah lama2 baru nampak hikmah-Nya.


Masa mula nak buat FYP ni, tanya dekat ramai kawan2 pasal produk yang relate dengan teknologi, jawapannya ada yang positif dan ada juga negatif. Bila positif hepi jugak, tapi rupa-rupanya ada lagi halangannya. The creator of product tak bagi permission. Then cari yang lain pulak, bila dah dapat dan nak jumpa supervisornya, dia pulak pegi sambung studi. Bila fikir balik, betapa byk produk yg saya jumpa, mula-mula nak buat business plan pasal Sugar-cane Paper then Natural Adsorbent then Chili Seeds Separator Machine then Soya Bean Machine dan akhirnya sampai la ke produk akhir yang terpilih ni. Allahuakbar, very interesting product. Tapi sementara nak sampai tu, bermacam2 jenis produk sy jumpa..antaranya tali dari daun lalang dan rawatan air dari daun teh.


Then, malam ni bila2 baca information pasal produk yang dipilih ni rasa bertuahnya diri. Bukan apa secara tak langsung dapat belajar dan tambah ilmu lagi sesuatu tentang Engineering, nice sangat. Tu belum lagi cerita tentang pelajaran kehidupan yang saya dapat sepanjang perjalanan kehidupan dan pencarian ini. Banyak sangat nak tulis, tapi tak mampu nak tulis dah. Next time ada masa tulis lagi, Insya Allah. Kita merancang, Allah merancang, tapi perancangan Allah adalah yang terbaik dan adakalanya tak termampu nak digambarkan dengan kata-kata.


Wallahua'lam..