Tuesday, April 24, 2012

Assalamualaikum...
Dah lama saya tak menulis di sini ..
Sejak kebelakangan ini byk perkara yg trjadi..
Saya tahu sy kena kuat..kuat sangat..
Saya kena tolong kwn2 sy..
dan tolong diri saya juga..
Bukankah Allah juga ada untuk tolong saya, kan DIA sebaik-baik Penolong..

Kata-kata renungan :

-Bila perbuatan sahabatmu melukakanmu, hapuskan luka itu dengan zikrullah. Jangan kita kembali mencari kesalahan mereka, kerana jika itu yang kita lakukan, tiada bezanya kita dengan mereka. Biar tali ukhuwah yang hampir terputus itu kita yang sambungkan. Biarlah mereka seakan-akan cuba meleraikannya dengan prasangka yang wujud dalam hati mereka. Anggaplah prasangka mereka sebagai satu peringatan buat kita. Kita tak ada hak untuk marah pada mereka. Orang yang bertaqwa ialah orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain. Bila hilang kedua sifat itu dari diri kita, ke mana hilangnya taqwa kita? Hidup ini biar positif. Memang, luka itu mula-mulanya pedih.. sehingga air mata pun boleh mengalir. Tapi biarkan masa yang menyembuhkannya. Parutnya boleh hilang jika kita pinta penawarnya daripada Allah..-

No comments:

Post a Comment