Monday, February 13, 2012

Hari ini keputusan peperiksaan diumumkan..
ada yang gembira, terharu, dan tidak kurang juga yang bersedih dan kecewa..
hakikatnya gagal atau berjaya itu semua ketentuan Allah..
kita hanya hamba-Nya.. siapa kita untuk mempersoalkan ketentuan-Nya..
Bukankah bahagia itu dgn mmpunyai hati yang bersyukur..
bukankah dgn redha itu..ada bahagia..
Allah tidak memandang pangkat dan nama, tapi Allah memandang amal..
Allah memandang usaha kita..yang bersungguh2 tanpa putus asa..
Allahurabbi..alangkah manisnya sebuah senyuman di saat ditimpa musibah atau kesedihan lalu dia mengucapkan Innalillah hirajiun..

Seindah apapun keindahan dunia jika tanpa redha Ilahi, tidak bermakna apa2..

Jika kita memandang semua perkara datang dari ALLAH, maka tenanglah hati. Kerana Dia-lah yang menciptakan cinta dan merangkai makna cinta agar selalu bersemi indah keranaNya. Jika kita memandang semua kejadian ini atas ketentuan-Nya, maka damailah hati. Kerana Dialah yang menghendaki siapa yang diuji dan tegar menjalani ujian hati dariNya...~

-Dalam Hati-
-Mencari Cinta Yang Sempurna-

No comments:

Post a Comment