Monday, May 14, 2012

-بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ-


Dalam kesibukan sebagai pelajar tahun akhir dan menyiapkan FYP masih lagi mencuri masa untuk menulis sesuatu di sini. Alhamdulillah, banyak kenangan sebagai pelajar tahun akhir yang Insya Allah mematangkan aku. Menjadi tutor yang mengajar tuisyen subjek Matematik is the one of my sweet memory. Bertemu dengan kanak-kanak yang berbagai telatah, membuat aku terlupa sebentar FYP ku. Dan telatah mereka menghiburkanku. Memanggilku dengan gelaran cikgu, it's make me happy. Tercapai juga impian nak jadi cikgu walaupun hanya sebentar. ^_^ . Ternyata takdir yang Allah aturkan lebih indah, dia memberi lebih dari apa yang kita jangka. Insya Allah ada rezeki mungkin juga boleh menjadi seorang guru yang sebenar. 


Tidak lupa juga. Kenangan berjumpa dengan seorang kakak, ustazah dan novelis juga merupakan kenangan manisku. Alhamdulillah sangat. Terasa bagai mimpi yang membuatku teruja apabila berjumpa dengan kakak yang menjadi sumber inspirasiku. (kpd kak fatimah syarha : saya pun sygkan akak kerana Allah.) Insya Allah akan ingat pesanan akak. Take care. Mujahadah itu penting. Walaupun pahit ganjarannya sangat indah. Insya Allah.




Kita tak boleh mematikan rasa,
Tapi kita boleh mengawal rasa.
Kita tak akan mampu membunuh nafsu. 
Tapi, kita mampu memandu nafsu. 


Allahhu Allah.


Menangkanlah aku dalam MUJAHADAH ini.
Tutuplah segala jalan yang membuka peluang syaitan. 
Walau apa saja bentuk.


Peliharalah aku. Jagalah aku.


Amiin. Ya Allah.


(Untuk awak, dia dan kita.)

No comments:

Post a Comment