Monday, January 9, 2012

Hati muslimah itu Lembut..

Hati muslimah itu Lembut..
Kerana itu jgn pernah menyentuh hatinya andai berniat melukakannya.. andai tak mampu menjaga hatinya sebaik mungkin..jangan sentuh hatinya.. Adakalanya seorang muslimah itu seorg yg kuat, sgt kuat.. namun kerana cinta seorang lelaki dia boleh jadi lemah..

Kadang2 seorang muslimah itu belajar utk mengeraskan hatinya kerana dia tak mahu akan terluka akhirnya.. Dia juga sedar malu pada seorang muslimah itu terletaknya keindahan dan kecantikannya.. Bersopan santun, berakhlak mulia.. maruahnya dijaga kerana ia adalah harga dirinya. Walaupun mgkin ada yg beranggapan muslimah itu seorang yg sombong atau keras hati.. Biarlah...

Keras hati?
Tak mengapalah hati yang keras itulah apabila memiliki sesuatu dihatinya pasti akan terpahat kukuh.. Seorang muslimah yg comel dia takkan memberikan cintanya pada sembarangan lelaki.. Biarlah dia menanti lama utk seseorang yg tepat, dari mengorbankan cinta utk insan yg tidak menghargai.. YANG DIA CARI BUKANLAH SESEORANG YANG PUNYA PANGKAT dan HARTA..namun cukuplah yg menerima dia seadanya.. Bukan juga seseorang yg terlalu mencintai dia, namun cukuplah mencintai ALLAH lebih dari mencintai dia... 

“Jangan mengucapkan kata-kata indah dan manis kepadanya kerana takut dia akan menyayangimu… Jangan mengambil berat tentang dirinya kerana bimbang dia akan mengasihimu… Jangan terlalu baik padanya kerana takut dia akan merinduimu… Jangan memberikannya kenangan dan harapan kerana khuatir dia akan jatuh cinta padamu… Jangan menghargai pertemuan dengannya kerana bimbang dia akan menderita kehilanganmu lantaran perpisahan itu…”

Wahai adam, lindungilah kaum hawa, jangan sekali kali menyakitinya, jangan kau katakan cinta bila kau belum mampu untuk mengkhitbahnya, janganlah kau bicarakan soal perasaan bila tidak benar2 adanya, jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau berniat mematahkan hatinya, janganlah memberi pengharapan tanpa kenyataan...Wahai kaum hawa jagalah dirimu, jagalah kehormatanmu..~

Wallahua'lam..

2 comments: