Saturday, March 10, 2012

Di persimpangan kehidupan, aku dipertemukan dganMU seorang sahabat yang membuatku mengenal erti khidupan.. kdg2 ku terfkir, betapa brntungnya daku dpertemukan dgnMU..seorg shabat yang pdanya terdpat serpihan2 semangat mujahidah yg membiaskan pdaKu..YA ALLAH,aku rndukan shabat ini..yg mmbwaKu mgenal cintaMU...sematkan cangkiran cintaku pdanya krna ku tahu ksihnya pdaku bkn palsu..pnuh dgn ketelusan hati..UKHWAH ini tulus.. YA RABB peliharalah kami dlm mngapai redhaMU..Amiin Ya Rabbal 'Alamin..(^_^)..

Friday, March 9, 2012

Anas bin Malik r.a bercerita suatu hari, ketika sedang berjalan, Rasulullah bertemu dengan seorang perempuan yang sedang menangis di kuburan. Rasulullah bersabda, "Bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah..", akan tetapi perempuan itu berkata, "Enyahlah dariku, kamu tidak merasakan musibah yang sedang menimpaku sehingga tidak mengetahui perasaanku." 
Kemudian ia diberi tahu bahwa orang yang tadi berbicara kepadanya adalah Rasulullah. Seketika itu perempuan itu bergegas pergi menuju rumah Rasulullah. Ia mendapati baginda tanpa pengawal. Ia berkata, tadi aku tidak mengenalimu. 

Baginda bersabda, "Sesungguhnya,kesabaran yang sempurna adalah pada saat tertimpa Musibah." (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

Kredit to : Syafa 

Ujian itu adalah bila kau melaluinya dirimu semakin hampir dengan Allah, dan hukuman itu bila kau menghadapinya kau semakin jauh dari Allah.. Wallahua'alam..

-Semoga kesabaran itu milik kita semua.. Amiin...-

-Bersabar menanti lap top untuk pulih semula, walaupun tidak seperti sedia kala..-

-Rasyafiqa-





Monday, March 5, 2012


~Perjuangan itu tak mesti dinilai oleh banyak orang, yg penting karya kita dapat menjadi wasilah untuk semua orang jadi baik itu sudah cukup..dan yang penting kerana Allah..~



"AKU INGIN MELAKUKAN SESUATU YG AKAN TERUS HIDUP.. MESKIPUN SETELAH AKU MATI...."




Semoga Dipermudahkan.. Amiin..

-Tajuk novel tidak dapat dikenal pasti-

Sunday, March 4, 2012

Biarlah hidup ini terasa seperti insan yang terasing..
Asalkan jangan kita sesekali melakukan larangan Allah..
Terasing itu adakalanya lebih baik..
Baik untuk kita memuhasabah diri..
Juga mencari kesilapan untuk diperbaiki..
Terasing dan bersendirian..
Di situ terasa betapa Allah itu sentiasa dekat..
Setiap kali diri ini berharap..
DIA sentiasa ada..
Sungguh, DIAlah sebaik-baik Penolong Dan Penjaga..


Jika ALLAH sayangkan seseorang hamba..
Dia akan berikan IMAN, kerana itu lebih mahal dari segala isi dunia..


Jika ALLAH sayang lagi ..
Dia akan berikan KEKUATAN untuk mengamalkan agamanya dengan sempurna 

dan..

Jika ALLAH sayang lagi..
Dia akan SUSAHKAN hambanya dengan urusan dunia dan perjuangan hidupnya, 
untuk menguji sejauh mana cinta dan redha hamba itu kepadaNya, 
supaya dengan susah itu dia selalu mendekati pada-NYA..

Sebab ALLAH rindu akan rintihan hamba-NYA..



‎"Siapa ada Allah dalam hatinya, maka dia tidak keseorangan." ~Rasyafiqa~

Saturday, March 3, 2012

..Manis Hidayah..





Hidayah Allah itu mahal harganya.. sekiranya tersapa di hati janganlah kita membiarkannya..
kerana kita tak tahu bila lagi kita akan bertemu dengan hidayah itu.. 
hidayah - bukan semua memperolehnya dengan cara yang mudah.
Beruntunglah insan yang telah memperoleh hidayah dari Allah..

Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan kepadanya, Dia akan menjadikannya faham dalam agama." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ada insan tercari-cari hidayah..
Hidayah itu 1 perkara yang bermakna bagi insan yang pernah kecundang dlm kehidupan..
Dirinya pernah tersalah membuat pilihan..
lantaran kejahilan diri..
hatinya pernah terluka..
Namun takdir Allah...siapa yang sangka..
Allah masih menyayangi dia..
Hidayah Allah menyapanya..
Membalut kelukaan dihatinya..
juga mengisi kekosongan pengharapannya..
Manisnya hidayah itu..
Sehalus dan selembut sutera kasih..



P/s : Adakalanya seseorg mmpunyai kisah silam, namun itu bukan bermakna dia tak punya masa hadapan. Hakikatnya baik buruk seseorang hanya Allah yang berhak menilai. Bersangka baiklah kpd insan yg ingin berubah ke arah kebaikan kerana siapa tahu dia bisa menjadi lebih baik dari kita..dan dia adalah insan yg menghargai nilai sebuah hidayah. 


..Manis Hidayah..
..Rasyafiqa..

Friday, March 2, 2012


Aku BERSYUKUR kerana CINTA ALLAH telah mengubah aku menjadi seperti hari ini..kerana aku tidak kenal apa itu CINTA melainkan aku TERHUTANG CINTA dengan PENCIPTA..maka, sekarang aku ingin membayarnya..membayar dengan menjadi HAMBANYA YANG MENCINTAINYA SEPENUH HATI..


CINTA boleh MENGUBAH manusia..tapi CINTA pada ALLAH adalah segalanya..kadangkala rasa TIDAK LAYAK untuk berbicara soal CINTA pada MAKHLUK, kerana diri sendiri BELUM KENAL sepenuhnya bagaimana itu CINTA kepada PEMILIKNYA MAKHLUK..

‎Aku hanyalah INSAN BIASA, yang punyai CACAT CELA yang tersembunyi di sebalik hijabku ini..kerana itu andai diriku ada BERBUAT SALAH, MENGGURIS HATI sesiapa tanpa sedar..usahlah MENCEMUHKU, usahlah MEMBENCIKU tetapi NASIHATKANLAH aku dengan HIKMAH supaya kembali ke arah yang DIREDHAI Allah.. Aku juga seseorang yang pernah melakukan kesalahan dan adakalanya mungkin aku sendiri tidak sedari..namun aku akan terus berusaha memperbaiki diri ini...Insya-Allah..

Benar MUJAHADAH itu memang payah dan apa yang Allah SUKA amat sukar untuk dilakukan.. MENGAPA? Mungkin diri ini terlalu banyak NODA dan DOSA yang menghuni dan kerana itulah KEKUATAN jarang mendiami hati..Ya Allah, jangan pergi jauh dari diriku ini...



سبحان الله.. لله اكبر..


Hanya Manusia Biasa Yang Banyak Kelemahan..

Thursday, March 1, 2012


♥ Wanita yang sangat istimewa itu amat mahal untuk dimiliki. ♥


'Ya Allah, aku ingin menjadi seperti gadis itu. Yang hidup matinya hanya untuk Mu. Semua perkara yang dilakukannya adalah kerana Mu. Amiin Ya Allah..'